Telegram Group Search
Forwarded from Volunteer@MyCARE ✋🏻
Pada 6 & 7 Disember 2025 lepas, 💪💪💪 MyCARE telah turun ke Misi Bantuan Banjir di PPS Kuala Selangor dengan memberikan agihan bantuan berupa biskut, air mineral dan tilam kepada lebih kurang 30 keluarga.

Kami juga sempat bertanya khabar mereka yang menurut mereka telah berada di PPS lebih kurang 2 minggu. Kami turut mengadakan aktiviti psikososial bersama anak-anak disana. Semoga terus kuat!

Sejurus selepas ke PPS, aktiviti pembersihan dilaksanakan di Taman Dataran Abadi, Sepang. Kehadiran ini bukan sekadar bantuan fizikal, tetapi tanda empati dan kebersamaan dalam memulihkan mereka yang terkesan. 🤝

Bantuan banjir boleh disalurkan di
📌https://mycare.qrd.by/bencanavol

☁️🌥⛅️🌤

#sukarelawanmalaysia #agihan #aktivitipsikososial #banjirmalaysia #misibanjir2025 #PPS
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
5
Merafak sembah tahniah dan ucap selamat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke-80, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada 11 Disember 2025 Bersamaan 20 Jamadil Akhir 1447H.

Semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dilanjutkan usia dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam limpahan rahmat dan maghfirah Allah SWT.

Sembah Takzim Daripada Humanitarian Care Malaysia (MyCARE).
Kanak-kanak di Gaza kini kehilangan lebih daripada sekadar rumah tetapi mereka juga kehilangan peluang untuk belajar.

Ribuan sekolah rosak atau tidak dapat beroperasi memaksa ramai pelajar belajar dalam khemah, pusat perlindungan sementara atau terpaksa berhenti sama sekali. Tanpa sokongan pendidikan, satu generasi berisiko tercicir, dan menyebabkan masa depan negara menjadi gelap.

Dalam pasca peran9, MyCARE telah membina sekolah sementara di beberapa kem pelarian. Bantuan ini merangkumi penyediaan beg sekolah, buku, alat tulis, kelas sementara, gaji guru dan sebagainya.

Semua bantuan ini merupakan inisiatif rakyat Malaysia yang bersama-sama MyCARE membangun semula Gaz4.

Ayuh bersedekah sekarang:
https://mycare.qrd.by/rebuildingpalestin
https://mycare.qrd.by/rebuildingpalestin

Bersama kita bina semula Gaz4 💚❤️🇵🇸

#MyCARE #PemulihanGaza #BersamamuPalestin #HumanitarianAid
🛥🚢⛵️ Freedom Flotilla Bertemu di Dublin, Sasar Misi Lebih Besar ke Gaza pada 2026, Seru Sokongan Tegas Global

DUBLIN, Ireland - Freedom Flotilla Coalition (FFC), bersama inisiatif global yang menutut agar Israel menamatkan sekatan haram ke atas Gaza, telah selesai bermesyuarat selama empat hari di Dublin dari 5 hingga 8 Disember 2025. Delegasi daripada pelbagai pertubuhan anggota, jawatankuasa kerja gabungan dan rangkaian solidariti rakan kongsi telah bersama-sama berhimpun untuk melakukan penilaian bagi misi tahun ini serta memuktamadkan rancangan bagi pelayaran 2026 yang akan diperluaskan secara besar-besaran. FFC, yang telah ditubuhkan pada tahun 2010 dan kini mempunyai lebih daripada 18 kempen kebangsaan telah belayar dengan puluhan bot untuk mencabar sekatan laut haram Israel ke atas Gaza yang termasuklah dengan pelayaran Madleen, Handala dan Conscience pada tahun 2025.

Ahli-ahli mensyuarat menyatakan kebimbangan yang mendalam terhadap perkembangan terkini di Gaza ekoran kononnya perlaksanaan ‘gencatan senjata’ yang mana terus dilanggar oleh rejim Israel tanpa sebarang akibat, membunuh ratusan penduduk Palestin yang termasuklah dengan 70 orang kanak-kanak, menafikan kemasukan bantuan kemanusiaan yang mencukupi ke Gaza yang termasuk dengan khemah dan selimut untuk membantu keluarga-keluarga yang diusir dalam cuaca ekstrem musim sejuk, bekalan perubatan dan juga susu formula bayi. Kami sekali lagi menegaskan usaha bagi menoktahkan genosid, mengangkat sekatan dan membubarkan sistem aparteid dan penjajahan yang bertekad lamanya memerlukan koordinasi dalam kalangan masyarakat sivil pada skala yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Mesyuarat tahun ini berlangsung hanya tiga minggu selepas kelulusan Resolusi 2803 Majlis Keselamatan PBB yang meluluskan rancangan Trump untuk Gaza. Penggubalan resolusi tersebut menandakan pengkhianatan bersejarah yang bukan sahaja terhadap rakyat Palestin, tetapi juga terhadap asas utama yang didakwa dipertahankan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Resolusi 2803 mewakili salah satu usaha paling berbahaya dalam sejarah mutakhir untuk menidakkan kerelevanan undang-undang antarabangsa. Ia tidak memberikan sebarang kemajuan kepada soal hak rakyat Palestin dalam sebarang pengertian yang bermakna; sebaliknya, ia mewujudkan satu bentuk pemegang amanah berbentuk neo-kolonial yang diketuai oleh kuasa-kuasa yang selama beberapa dekad telah membekalkan senjata, membiayai, dan melindungi kekejaman Israel secara politik.

“Secara hakikatnya, Resolusi 2803 Majlis Keselamatan merupakan pengabaian moral oleh kerajaan-kerajaan paling berkuasa di dunia dan oleh institusi yang telah gagal mempertahankan rakyat Palestin selama lebih 80 tahun,” kata ahli Jawatankuasa Pemandu FFC, Huwaida Arraf daripada US Boats to Gaza. “Apabila negara gagal, rakyat mesti bertindak. Ini bukan masa untuk melengahkan sebarang usaha, tetapi untuk memperhebatkan perjuangan untuk menghentikan penjajahan, memperluaskan barisan kita dan menukar semangata kemarahan secara bersama menjadi satu momentum global yang tidak dapat dihentikan.”

Seorang lagi ahli Jawatankuasa Pemandu FFC, Bent Erik Krøyer dari Ship to Gaza Denmark, menambah: “Freedom Flotilla akan belayar lagi pada 2026. Bukan sebagai isyarat simbolik, tetapi sebagai deklarasi berani bahawa masyarakat sivil tidak akan berdiam diri sementara Gaza terus dizalimi dan dimusnahkan. Kami sedang menyediakan lebih banyak kapal, lebih banyak penyertaan antarabangsa dan lebih banyak tindakan yang lebih bersatu berbanding sebelumnya.”

Usaha FFC untuk memecahkan sekatan laut ke atas Gaza berkembang dengan cukup berimpak pada tahun 2025 apabila kami disertai oleh dua inisiatif baharu utama iaitu Global Sumud Flotilla (GSF) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG), yang menghasilkan bilangan kapal yang cukup banyak dalam sejarah yang belayar untuk mencabar pembunuhan beramai-ramai dan pengepungan haram Israel ke atas Gaza. Kedua-dua inisiatif tersebut turut berada dalam mesyuarat di Dublin untuk menyelaraskan usaha kolektif yang lebih besar bagi 2026.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
MyCARE 🇲🇾
🛥🚢⛵️ Freedom Flotilla Bertemu di Dublin, Sasar Misi Lebih Besar ke Gaza pada 2026, Seru Sokongan Tegas Global DUBLIN, Ireland - Freedom Flotilla Coalition (FFC), bersama inisiatif global yang menutut agar Israel menamatkan sekatan haram ke atas Gaza, telah…
Gaza perlukan kita semua lebih daripada sebelumnya. Menamatkan pengepungan bukan sahaja suatu keperluan politik; ia adalah kewajipan moral yang cukup penting. Kami akan terus bertindak, mengatur langkah dan berlayar sebagai tanda solidariti sehingga rakyat Palestin di Gaza dapat hidup dengan bebas, bermaruah dan adil.

#FreedomFlotillaCoalition #MyCARE #FFCxTMTG
2025/12/12 02:20:24
Back to Top
HTML Embed Code: