Telegram Group Search
Di tengah kesempitan hidup komuniti asnaf di Manila, MyCARE dengan kerjasama Yayasan Buruj terus menghulurkan bantuan yang membawa kelegaan segera kepada keluarga yang memerlukan. Sebanyak 170 pek makanan telah diagihkan kepada keluarga asnaf, bersama 300 hidangan makanan panas yang menjadi penyelamat bagi ramai yang berdepan ketidakcukupan makanan harian.

Agihan ini dilaksanakan di 4 pusat komuniti berikut:

Madrasah Al-Ehsan Al-Islamiyyah – 81 keluarga
Rahima Da’wah Center – 50 keluarga
Madinah Center – 25 keluarga
One Ummah Center – 25 keluarga

Setiap pek makanan membantu sebuah keluarga bertahan beberapa hari, manakala setiap hidangan panas memberi kekuatan untuk mereka meneruskan kehidupan seharian.

Ramai antara penerima adalah ibu tunggal, warga emas dan kanak-kanak yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Bantuan ini bukan sekadar makana, ia adalah harapan, perhatian, dan bukti bahawa umat Islam saling menjaga walau dipisahkan lautan.

Jutaan Terima Kasih kepada Yayasan Buruj atas keprihatinan membantu saudara-saudara kita di Filipina.

#MyCARE #Malaysia #Humanitarian #Aid #YayasanBuruj
❀3
Produk Terbaharu di Kedai Mycare HQ! πŸ”₯

Memperkenalkan Baju Hitam Edisi Terhad, diperbuat daripada kain cotton yang selesa dan pernah dipakai oleh aktivis Freedom Flotilla Coalition seperti Ann Wright.

Rekaannya ringkas tetapi bermakna dan sesuai dipakai sebagai tanda sokongan anda terhadap usaha kemanusiaan di Palestin.

βœ”οΈ Material selesa dan berkualiti
βœ”οΈ Edisi terhad
βœ”οΈ Pilihan istimewa bagi yang ingin menunjukkan solidariti

Pakai dengan bangga sebagai simbol sokongan anda terhadap usaha kemanusiaan di Gaza. πŸ–€β€οΈπŸ€πŸ’š

πŸ› Jangan tunggu lama! Terus Add to Cart sekarang di kedai Shopee rasmi kami.

T-Shirt Lengan Pendek: https://my.shp.ee/NPTmYyG
T-Shirt Lengan Panjang: https://my.shp.ee/418MRhZ

STOK ADALAH TERHAD ‼️

#kedaimycarehq #shopee
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
πŸ”₯1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Di Tebing Barat, kehidupan semakin sukar bagi keluarga pelarian Palestin dari golongan fakir miskin.

Masuk bulan ketiga, MyCARE meneruskan agihan 90 bakul makanan untuk keluarga di kem pelarian IDP Bani Nai’im yang masih bergelut mendapatkan bekalan asas.

Setiap bakul makanan adalah salah satu sumber makanan yang stabil bagi banyak keluarga yang terpaksa melarikan diri akibat keganasan dan sekatan berterusan.

Dengan situasi ekonomi yang semakin meruncing, ibu bapa terpaksa mengurangkan jumlah makanan demi memastikan anak-anak mereka dapat makan walaupun sekali sehari.

MyCARE berusaha memastikan agihan ini dapat diteruskan sehingga Disember 2025, insya-Allah. Namun, lebih ramai keluarga sedang menunggu bantuan seterusnya.

☁️πŸŒ₯β›…οΈπŸŒ€
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
❀3
Projek Pemulihan Gaz4 – Baju Sejuk

Musim sejuk sudah tiba di Gaza. Apa yang akan berlaku kepada yang berlindung dalam khemah rapuh dan pondok? Mereka akan bergelut dengan hujan lebat dan kesejukan.

UNRWA mengingatkan bahawa ramai pelarian tinggal di khemah yang bocor, dan hujan pada musim sejuk semakin memburukkan keadaan mereka. Menurut laporan, kira-kira 1.5 juta orang di Gaza kini terdedah pada bahaya kesejukan dan hujan kerana bantuan khemah, selimut, dan pakaian sejuk masih tidak mencukupi.

Di saat ini, setiap pakaian sejuk adalah lebih dari sekadar pakaian, ianya adalah perlindungan untuk si kecil dan orang tua.

Projek Pemulihan Gaza adalah satu misi kemanusiaan menyeluruh dengan 10 kategori bantuan: makanan panas, susu formula bayi, pendidikan, pakaian sejuk, kanvas trapaulin, bakul makanan, selimut tebal, perubatan, bekalan air bersih dan khemah.

Setiap sumbangan anda membantu menghidupkan semula Gaza yang hancur. Makanan panas untuk perut yang lapar, susu untuk bayi yang lemah, khemah untuk keluarga yang kehilangan rumah.

Ayuh bersedekah sekarang:
https://mycare.qrd.by/rebuildingpalestin
https://mycare.qrd.by/rebuildingpalestin

Bersama kita bina semula Gaz4 πŸ’šβ€οΈπŸ‡΅πŸ‡Έ

#MyCARE #PemulihanGaza #BersamamuPalestin #HumanitarianAid
❀6
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Di El Syuyukh, al-Khalil, keluarga pelarian yang terhimpit dalam kem IDP kini memasuki bulan ketiga menerima bantuan makanan daripada MyCARE. Sebanyak 90 bakul makanan kembali diagihkan bulan ini bagi memastikan keluarga yang paling terkesan tetap memiliki bekalan untuk bertahan.

Setiap bakul mengandungi bahan asas untuk memasak seperti tepung, beras, minyak, kekacang dan keperluan dapur lain.

Menjelang Disember 2025, MyCARE berazam untuk meneruskan agihan demi memastikan ibu bapa tidak lagi perlu menanggung rasa bersalah melihat anak tidur dalam keadaan lapar.

Sumbangan anda mampu menghidupkan dapur-dapur kecil di El Syuyukh, Pa1estin.

Terima kasih orang baik.
Bai ribuan keluarga pelarian di G, waktu malam adalah waktu yang bahaya: angin sejuk, dan hujan tanpa perlindungan yang mencukupi kerana kebanyakan mereka sekarang tinggal di khemah atau penempatan sementara.

Menurut laporan United Nations Office for the Coordination of Humanitarian Affairs (OCHA), lebih 13,000 keluarga terkesan akibat banjir dan hujan lebat; ribuan khemah dan tempat tinggal sementara telah rosak, dan ribuan lagi memerlukan bantuan segera.

Tanpa selimut tebal atau perlindungan musim sejuk, banyak keluarga terutama kanak-kanak dan warga tua akan berdepan risiko sesak pernafasan, hipotermia, atau komplikasi kesihatan lain akibat kesejukan, hujan dan keadaan lembap.

Kami di MyCARE menyeru anda untuk bersama hulurkan bantuan berupa selimut tebal. Dengan bantuan anda, kita boleh:

* Memberi kehangatan dan perlindungan sewaktu malam bagi keluarga yang tinggal di khemah atau penempatan sementara.

* Mengurangkan risiko penyakit dan kesihatan serius akibat sejuk, hujan dan persekitaran lembap.

* Memberi rasa selamat kepada mereka yang kini kehilangan rumah dan perlindungan asas.

Tiada sumbangan terlalu kecil. Sebuah selimut tebal mungkin nampak sederhana tetapi bagi seorang ibu, seorang anak, seorang warga tua di Gaza, ia boleh membawa kehangatan dan perlindungan.

Ayuh bantu saudara kita di Gaza hadapi musim paling mencabar ini.

Ayuh bersedekah sekarang:
https://mycare.qrd.by/rebuildingpalestin
https://mycare.qrd.by/rebuildingpalestin

Bersama kita bina semula Gaz4 πŸ’šβ€οΈπŸ‡΅πŸ‡Έ

#MyCARE #PemulihanGaza #BersamamuPalestin #HumanitarianAid
❀3
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
This 1 - 4 you abang kakak adik yang berada di PPS!

Barang-barang berupa hygiene kit, baby kit, pampers, emergency kit dan makanan Ready to Eat (RTE) akan diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan.

Bantuan akan disalurkan terus ke Pusat Pemindahan Sementara dan juga rumah-rumah mangsa banjir di seluruh Malaysia.

Terima kasih para sukarelawan yang turun menyumbang tenaga hari ini.

You'll Never Walk Alone!

Jom bersama membantu sahabat-sahabat kita yang terkesan dengan banjir di:
https://mycare.qrd.by/bencana
https://mycare.qrd.by/bencana

#thisismycare #banjir #bantuan
❀4
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Sebuah lagi perancangan licik pihak Zionis untuk menekan penduduk Gaza adalah dengan membenarkan kebanyakan kemasukan bantuan hanya berkaitan barangan sampingan, tidak penting seperti junk food dan manisan dan berkaitan hiburan seperti iPhone 17 Pro Max dan seumpamanya.

Ia tidak menyelesaikan masalah kelaparan, kecederaan, ketiadaan rumah, masalah tekanan mental dan pekerjaan.

Ini bukan kebetulan. Tetapi ia adalah jenayah kemanusiaan yang berlaku secara tidak langsung.

Teruskan bersuara demi kebenaran dan membela nasib Gaza.

#musimsejuk #Winter #MyCARE #Drziad #bantuankemanusiaan
❀2
Di saat ratusan keluarga masih terkesan akibat banjir, MyCARE terus turun ke lapangan membawa sedikit senyuman dan kelegaan buat mereka yang berlindung di PPS SK Desa Aman, Kuala Selangor.

MyCARE telah mengagihkan 1,050 pek roti 7Days dan permainan kanak-kanak kepada 931 mangsa daripada 229 keluarga yang sedang berdepan hari-hari mencabar di pusat pemindahan. Buah tangan untuk para petugas juga turut dikongsikan bersama.

Terima kasih kepada para penyumbang yang terus menyokong misi kemanusiaan ini. Setiap sumbangan anda benar-benar memberi makna.

#banjir #pps #mycare #kemanusiaan #bantuan
Di saat ratusan keluarga masih terkesan akibat banjir, MyCARE terus turun ke lapangan membawa sedikit senyuman dan kelegaan buat mereka yang berlindung di PPS di SK Parit Mahang, Kuala Selangor.

MyCARE telah mengagihkan 450 pek roti 7Days dan permainan kanak-kanak kepada 464 mangsa dari 116 keluarga yang sedang berdepan hari-hari mencabar di pusat pemindahan. Buah tangan untuk para petugas juga turut dikongsikan bersama.

Terima kasih kepada Ketua Kampung, En Azhari Arshad yang sudi menerima kunjungan kami. Terima kasih juga kepada para penyumbang yang terus menyokong misi kemanusiaan ini. Setiap sumbangan anda benar-benar memberi makna.

#banjir #pps #mycare #kemanusiaan #bantuan
❀7
Bayi-bayi di Gz sedang menghadapi krisis yang sangat kritikal.

Mengikut laporan rasmi antarabangsa sehingga 1 Disember 2025, UNICEF menyatakan bahawa kebanyakan keluarga di Gz kini tidak mempunyai akses kepada makanan asas, air bersih, rawatan perubatan dan termasuklah susu formula bayi.

Stok susu formula di hospital, farmasi dan kedai semakin berkurangan, malah ada hospital melaporkan mereka tidak lagi mempunyai sebarang bekalan susu bayi.

Ramai ibu tidak mampu menyusukan anak kerana mereka sendiri mengalami kelaparan dan kekurangan zat. Disebabkan terdesak, sebahagian bayi diberi air atau campuran makanan yang tidak sesuai, dan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan penyakit, kekurangan nutrisi dan kematian.

Doktor di Gz turut memberi amaran bahawa keadaan ini semakin kritikal dan bilangan bayi yang berisiko semakin meningkat.

Mereka amat memerlukan bantuan segera. MyCARE telah melaksanakan 3 kali penyaluran susu formula dan kami merancang untuk memperbanyakkan bantuan ini.

Dengan sumbangan susu formula, kita boleh membantu memastikan bayi mendapat nutrisi yang sangat penting untuk terus hidup dan membesar. Kita juga membantu keluarga yang kehilangan ibu atau ibu yang tidak mampu menyusukan anak mereka. Hospital dan pusat pemindahan juga sangat memerlukan bekalan susu formula untuk bayi yang kini semakin ramai.

Setiap sumbangan memberi peluang hidup kepada seorang bayi. Setiap tin susu yang disumbangkan memberi harapan kepada satu nyawa kecil yang sedang berjuang.

Bantu mereka di:
https://mycare.qrd.by/rebuildingpalestin
https://mycare.qrd.by/rebuildingpalestin

Bersama kita bina semula Gaz4 πŸ’šβ€οΈπŸ‡΅πŸ‡Έ

#MyCARE #PemulihanGaza #BersamamuPalestin #HumanitarianAid
❀3
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Hampir 200,000 alami kecederaan di Semenanjung Gaza.

Mereka tidak mempunyai wang untuk merawat kecederaan mereka, bahkan untuk menghadirkan diri ke hopital pun tidak mampu kerana menelan kos sekitar 100 dolar Amerika Syarikat hanya untuk pengangkutan sahaja.

Jadi dalam projek kali ini, kami MyCARE yang akan menziarahi 10 orang pesakit di rumah mereka setiap hari selama tiga bulan bersama-sama para doktor, jururawat, fisioterapi dan kadangkala disertai oleh doktor psikologi.

Setiap sesi mengambil masa 30 minit dan kami akan menghubungi ambulans jika diperlukan untuk ke hospital.

Terima kasih rakyat Malaysia kerana terus bersama MyCARE dalam menyantuni pesakit di sini.

#DrZiad #MyCARE
❀6
Forwarded from MyCARE πŸ‡²πŸ‡Ύ
Produk Terbaharu di Kedai Mycare HQ! πŸ”₯

Memperkenalkan Baju Hitam Edisi Terhad, diperbuat daripada kain cotton yang selesa dan pernah dipakai oleh aktivis Freedom Flotilla Coalition seperti Ann Wright.

Rekaannya ringkas tetapi bermakna dab sesuai dipakai sebagai tanda sokongan anda terhadap usaha kemanusiaan di Palestin.

βœ”οΈ Material selesa dan berkualiti
βœ”οΈ Edisi terhad
βœ”οΈ Pilihan istimewa bagi yang ingin menunjukkan solidariti

Pakai dengan bangga sebagai simbol sokongan anda terhadap usaha kemanusiaan di Gaza. πŸ–€β€οΈπŸ€πŸ’š

πŸ› Jangan tunggu lama! Terus Add to Cart sekarang di kedai Shopee rasmi kami.

T-Shirt Lengan Pendek: https://my.shp.ee/NPTmYyG
T-Shirt Lengan Panjang: https://my.shp.ee/418MRhZ

STOK ADALAH TERHAD ‼️

#kedaimycarehq #shopee
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
❀3
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
NextGen Rise 2025 : Ibadah Hebat, Minda Mantap, Hidup Berkat

Alhamdulillah, program NextGen Rise 2025 telah berjaya dilaksanakan pada 31 Oktober hingga 2 November 2025 bertempat di Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka.

Selama tiga hari dua malam, seramai 64 orang anak yatim di bawah kelolaan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) daripada Rumah Anak-Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj (RAYSAS) dan Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah (KAYFAZ) telah menyertai program ini.

Mereka dibimbing oleh 20 fasilitator dan 5 jurulatih yang berdedikasi sepanjang program.

NextGen Rise 2025 merupakan inisiatif pembangunan sahsiah yang dirangka untuk melahirkan generasi muda yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Program ini memberi peluang kepada anak-anak yatim untuk memperkukuh penghayatan ibadah, membina jati diri unggul serta mengasah minda yang positif dan berdaya saing.

Antara slot menarik sepanjang program ialah:
🌟 Sahsiah & Jati Diri NextGen – membina keyakinan dan kekuatan diri sebagai remaja Muslim.

🌟Perkongsian Tokoh Remaja – menyuntik inspirasi dan semangat juang melalui pengalaman tokoh muda.

🌟Bengkel & Amali Solat dan Wuduk – membimbing peserta memahami dan mengamalkan ibadah dengan betul.

🌟Refleksi Diri – ruang muhasabah untuk peserta menilai perjalanan hidup, mensyukuri nikmat, dan memperbaharui azam diri.

🌟Perkongsian Isu Kemanusiaan – menyemai rasa empati dan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat global.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Haji Mustafa Musa, Ahli Dewan Negara mewakili Dewan Undangan Negeri Melaka. Dalam ucapan beliau, YB Senator menzahirkan penghargaan terhadap usaha MyCARE dan MAIM dalam memperkasa potensi anak-anak yatim melalui pendekatan pendidikan sahsiah dan pembinaan nilai spiritual.

Firman Allah SWT:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."
(Surah Ar-Ra’d, 13:11)

NextGen Rise 2025 ini bukan sekadar kem motivasi, tetapi satu perjalanan pembentukan insan dengan menyatukan hati, menanam nilai kasih sayang dan menyalakan semangat untuk terus bangkit menjadi generasi yang memberi manfaat kepada ummah.
❀3
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Musim sejuk di Gaza sudah tiba dan bagi ribuan keluarga yang hilang rumah akibat peperangan, suhu sejuk bukan sekadar ketidakselesaan. Ia mengancam nyawa.

Alhamdulillah, dengan sokongan Yayasan Buruj, MyCARE telah mengagihkan 275 baucar pakaian musim sejuk kepada keluarga yang tinggal di kem pelarian serta yang berlindung di sekolah.

Setiap baucar bernilai RM 290 untuk ibu bapa memilih sendiri pakaian tebal untuk dua orang anak. Sebahagian berjaya beli 3 pakaian sejuk.

Anak-anak ini memilih saiz sendiri. Memilih warna kegemaran. Dan pulang dengan wajah yang lebih yakin untuk menghadapi cuaca sejuk.

Dalam tempoh 10–15 November 2025, seramai:

β€’ 550 penerima langsung β€” majoriti kanak-kanak berusia 3–15 tahun

β€’ 275 keluarga dibantu β€” ramai ibu tunggal, yatim, dan keluarga besar berpendapatan sifar

β€’ Semua bantuan ditebus di Al-Muzainy Mall, Gaza


Ibu bapa mengakui harga pakaian musim sejuk meningkat mendadak akibat krisis. Tanpa bantuan ini, mereka tidak mampu langsung menyediakan jaket, stoking, atau pakaian tebal untuk anak-anak. Selepas agihan, guru sekolah melaporkan ramai kanak-kanak hadir lebih hangat, lebih sihat, dan lebih bersemangat.

Setiap sumbangan anda adalah perlindungan daripada penyakit berbahaya seperti sesak pernafasan, pneumonia, dan selsema teruk.

Terima kasih Yayasan Buruj dan orang ramai yang menyumbang melalui MyCARE.

Nurturing Humanity, Making a Difference.
❀6😁1
Bencana yang melanda Sumatera Utara telah menjejaskan jutaan penduduk dan menyebabkan 500,000 orang terpaksa dipindahkan sekaligus disifatkan bencana paling dasyat dalam dekad ini.

Dilaporkan pihak berkuasa kini berdepan cabaran besar untuk memulihkan infrastruktur, mencari mangsa hilang, dan menyalurkan bantuan ke kawasan yang masih terputus hubungan.

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) selaku anggota Southeast Asia Humanitarian Committee (SEAHUM) menyatakan rasa simpati dan mengajak anda bersolidariti dengan Indonesia susulan banjir serta tanah runtuh yang berlaku.

Kami akan bekerjasama dengan rakan-rakan NGO tempatan bagi penyaluran bantuan.

Bersama-sama kita menzahirkan doa sepanjang proses pemulihan ini dan terus menghulurkan bantuan mereka di sana.

Ayuh bantu:

https://mycare.qrd.by/kecemasanindonesia
https://mycare.qrd.by/kecemasanindonesia

#banjir #indonesia #kecemasan
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Malaysia kini menghadapi gelombang Monsun Timur Laut, ribut tropika, hujan lebat berterusan, serta angin kencang dan laut bergelora.

Beberapa episod hujan lebat serta ribut telah mengakibatkan banjir di beberapa negeri.

Pada masa ini, keperluan segera seperti makanan, kit kebersihan, pampers bayi dan orang tua dan lain-lain amat diperlukan.

Mangsa-mangsa banjir terpaksa meninggalkan rumah mereka dengan keperluan asas tanpa jaminan bila mereka boleh pulang.

Team MyCARE kini sedang turun ke lapangan menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di PPS dan yang masih bertahan di rumah.

MyCARE merupakan Ahli Jawatankuasa Pemandu RAKAN NADMA telah menjalani siri Latihan & Bengkel Total Disaster Risk Management (TDRM), menyertai Taklimat Persediaan Menghadapi Monsun Timur Laut 2025/2026, serta memberikan latihan tentang Hazard dan Risiko Bencana dibawah program HOPE (Humanitarian Operation Experience) kepada NGO dan Agensi Bencana Negara.

Ayuh bersama ringankan beban mereka yang dalam kesusahan. Sumbangan boleh disalurkan ke Tabung Kecemasan Banjir MyCARE

> https://mycare.qrd.by/bencana
> https://mycare.qrd.by/bencana

Dalam waktu sukar ini, setiap sumbangan amat bermakna.

#kecemasan #malaysia #flood #banjir #bantuan #kemanusiaan #mycare
😁1
2025/12/05 01:13:03
Back to Top
HTML Embed Code: