Telegram Group Search
Di tengah kesempitan hidup komuniti asnaf di Manila, MyCARE dengan kerjasama Yayasan Buruj terus menghulurkan bantuan yang membawa kelegaan segera kepada keluarga yang memerlukan. Sebanyak 170 pek makanan telah diagihkan kepada keluarga asnaf, bersama 300 hidangan makanan panas yang menjadi penyelamat bagi ramai yang berdepan ketidakcukupan makanan harian.

Agihan ini dilaksanakan di 4 pusat komuniti berikut:

Madrasah Al-Ehsan Al-Islamiyyah – 81 keluarga
Rahima Da’wah Center – 50 keluarga
Madinah Center – 25 keluarga
One Ummah Center – 25 keluarga

Setiap pek makanan membantu sebuah keluarga bertahan beberapa hari, manakala setiap hidangan panas memberi kekuatan untuk mereka meneruskan kehidupan seharian.

Ramai antara penerima adalah ibu tunggal, warga emas dan kanak-kanak yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Bantuan ini bukan sekadar makana, ia adalah harapan, perhatian, dan bukti bahawa umat Islam saling menjaga walau dipisahkan lautan.

Jutaan Terima Kasih kepada Yayasan Buruj atas keprihatinan membantu saudara-saudara kita di Filipina.

#MyCARE #Malaysia #Humanitarian #Aid #YayasanBuruj
❀2
Produk Terbaharu di Kedai Mycare HQ! πŸ”₯

Memperkenalkan Baju Hitam Edisi Terhad, diperbuat daripada kain cotton yang selesa dan pernah dipakai oleh aktivis Freedom Flotilla Coalition seperti Ann Wright.

Rekaannya ringkas tetapi bermakna dab sesuai dipakai sebagai tanda sokongan anda terhadap usaha kemanusiaan di Palestin.

βœ”οΈ Material selesa dan berkualiti
βœ”οΈ Edisi terhad
βœ”οΈ Pilihan istimewa bagi yang ingin menunjukkan solidariti

Pakai dengan bangga sebagai simbol sokongan anda terhadap usaha kemanusiaan di Gaza. πŸ–€β€οΈπŸ€πŸ’š

πŸ› Jangan tunggu lama! Terus Add to Cart sekarang di kedai Shopee rasmi kami.

T-Shirt Lengan Pendek: https://my.shp.ee/NPTmYyG
T-Shirt Lengan Panjang: https://my.shp.ee/418MRhZ

STOK ADALAH TERHAD ‼️

#kedaimycarehq #shopee
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
πŸ”₯1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Di Tebing Barat, kehidupan semakin sukar bagi keluarga pelarian Palestin dari golongan fakir miskin.

Masuk bulan ketiga, MyCARE meneruskan agihan 90 bakul makanan untuk keluarga di kem pelarian IDP Bani Nai’im yang masih bergelut mendapatkan bekalan asas.

Setiap bakul makanan adalah salah satu sumber makanan yang stabil bagi banyak keluarga yang terpaksa melarikan diri akibat keganasan dan sekatan berterusan.

Dengan situasi ekonomi yang semakin meruncing, ibu bapa terpaksa mengurangkan jumlah makanan demi memastikan anak-anak mereka dapat makan walaupun sekali sehari.

MyCARE berusaha memastikan agihan ini dapat diteruskan sehingga Disember 2025, insya-Allah. Namun, lebih ramai keluarga sedang menunggu bantuan seterusnya.

☁️πŸŒ₯β›…οΈπŸŒ€
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
❀2
Projek Pemulihan Gaz4 – Baju Sejuk

Musim sejuk sudah tiba di Gaza. Apa yang akan berlaku kepada yang berlindung dalam khemah rapuh dan pondok? Mereka akan bergelut dengan hujan lebat dan kesejukan.

UNRWA mengingatkan bahawa ramai pelarian tinggal di khemah yang bocor, dan hujan pada musim sejuk semakin memburukkan keadaan mereka. Menurut laporan, kira-kira 1.5 juta orang di Gaza kini terdedah pada bahaya kesejukan dan hujan kerana bantuan khemah, selimut, dan pakaian sejuk masih tidak mencukupi.

Di saat ini, setiap pakaian sejuk adalah lebih dari sekadar pakaian, ianya adalah perlindungan untuk si kecil dan orang tua.

Projek Pemulihan Gaza adalah satu misi kemanusiaan menyeluruh dengan 10 kategori bantuan: makanan panas, susu formula bayi, pendidikan, pakaian sejuk, kanvas trapaulin, bakul makanan, selimut tebal, perubatan, bekalan air bersih dan khemah.

Setiap sumbangan anda membantu menghidupkan semula Gaza yang hancur. Makanan panas untuk perut yang lapar, susu untuk bayi yang lemah, khemah untuk keluarga yang kehilangan rumah.

Ayuh bersedekah sekarang:
https://mycare.qrd.by/rebuildingpalestin
https://mycare.qrd.by/rebuildingpalestin

Bersama kita bina semula Gaz4 πŸ’šβ€οΈπŸ‡΅πŸ‡Έ

#MyCARE #PemulihanGaza #BersamamuPalestin #HumanitarianAid
❀5
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Di El Syuyukh, al-Khalil, keluarga pelarian yang terhimpit dalam kem IDP kini memasuki bulan ketiga menerima bantuan makanan daripada MyCARE. Sebanyak 90 bakul makanan kembali diagihkan bulan ini bagi memastikan keluarga yang paling terkesan tetap memiliki bekalan untuk bertahan.

Setiap bakul mengandungi bahan asas untuk memasak seperti tepung, beras, minyak, kekacang dan keperluan dapur lain.

Menjelang Disember 2025, MyCARE berazam untuk meneruskan agihan demi memastikan ibu bapa tidak lagi perlu menanggung rasa bersalah melihat anak tidur dalam keadaan lapar.

Sumbangan anda mampu menghidupkan dapur-dapur kecil di El Syuyukh, Pa1estin.

Terima kasih orang baik.
Bai ribuan keluarga pelarian di G, waktu malam adalah waktu yang bahaya: angin sejuk, dan hujan tanpa perlindungan yang mencukupi kerana kebanyakan mereka sekarang tinggal di khemah atau penempatan sementara.

Menurut laporan United Nations Office for the Coordination of Humanitarian Affairs (OCHA), lebih 13,000 keluarga terkesan akibat banjir dan hujan lebat; ribuan khemah dan tempat tinggal sementara telah rosak, dan ribuan lagi memerlukan bantuan segera.

Tanpa selimut tebal atau perlindungan musim sejuk, banyak keluarga terutama kanak-kanak dan warga tua akan berdepan risiko sesak pernafasan, hipotermia, atau komplikasi kesihatan lain akibat kesejukan, hujan dan keadaan lembap.

Kami di MyCARE menyeru anda untuk bersama hulurkan bantuan berupa selimut tebal. Dengan bantuan anda, kita boleh:

* Memberi kehangatan dan perlindungan sewaktu malam bagi keluarga yang tinggal di khemah atau penempatan sementara.

* Mengurangkan risiko penyakit dan kesihatan serius akibat sejuk, hujan dan persekitaran lembap.

* Memberi rasa selamat kepada mereka yang kini kehilangan rumah dan perlindungan asas.

Tiada sumbangan terlalu kecil. Sebuah selimut tebal mungkin nampak sederhana tetapi bagi seorang ibu, seorang anak, seorang warga tua di Gaza, ia boleh membawa kehangatan dan perlindungan.

Ayuh bantu saudara kita di Gaza hadapi musim paling mencabar ini.

Ayuh bersedekah sekarang:
https://mycare.qrd.by/rebuildingpalestin
https://mycare.qrd.by/rebuildingpalestin

Bersama kita bina semula Gaz4 πŸ’šβ€οΈπŸ‡΅πŸ‡Έ

#MyCARE #PemulihanGaza #BersamamuPalestin #HumanitarianAid
❀2
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
This 1 - 4 you abang kakak adik yang berada di PPS!

Barang-barang berupa hygiene kit, baby kit, pampers, emergency kit dan makanan Ready to Eat (RTE) akan diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan.

Bantuan akan disalurkan terus ke Pusat Pemindahan Sementara dan juga rumah-rumah mangsa banjir di seluruh Malaysia.

Terima kasih para sukarelawan yang turun menyumbang tenaga hari ini.

You'll Never Walk Alone!

Jom bersama membantu sahabat-sahabat kita yang terkesan dengan banjir di:
https://mycare.qrd.by/bencana
https://mycare.qrd.by/bencana

#thisismycare #banjir #bantuan
❀2
2025/11/28 03:06:07
Back to Top
HTML Embed Code: