Telegram Group Search
Live stream started
Live stream finished (1 hour)
๐Ÿ“ข Special TikTok Live โ€” Borak Buku IMAN
Bersama Ustaz Muzuza & Ustaz Hazmi
๐Ÿ“… 15 Ogos 2025
๐Ÿ•“ 4.00 PM โ€“ 6.00 PM
๐Ÿ“ @imanshoppe.official di TikTok

โœจ Apa yang menarik?
โ€ข Perkongsian istimewa tentang buku Hayati Makna Bacaan Dalam Solat & Sabar
โ€ข Peluang bertanya soalan terus kepada penulis
โ€ข Tawaran harga diskaun eksklusif hanya semasa live

Jangan lepaskan peluang untuk tambah ilmu, kenal lebih dekat penulis, dan grab buku dengan harga istimewa.

https://www.tiktok.com/@imanshoppe.official?_t=ZS-8ytAPeIoI3r&_r=1
โค11๐Ÿ‘4๐Ÿ˜ญ1
Berdoalah buat saudara kita berulang-ulang kali.

Abu al-Dardฤ' berkata :

ุฌุฏูˆุง ุจุงู„ุฏุนุงุก ูุฅู†ู‡ ู…ู† ูŠูƒุซุฑ ู‚ุฑุน ุงู„ุจุงุจ ูŠูˆุดูƒ ุฃู† ูŠูุชุญ ู„ู‡

"Bersungguhlah kamu dalam berdoa kerana sesungguhnya seseorang yang banyak mengetuk pintu lebih hampir untuk dibukakan pintu kepadanya"

Rujuk : Shu'ab al-ฤชmฤn oleh al-Bayhaqฤซ ุฑูŽุญูู…ูŽู‡ู ุงู„ู„ู‡

Teruskan berdoa lagi dan lagi kepada saudara kita di Palestin.

#FawaidUlama
โค100๐Ÿ‘5๐Ÿ˜ข5
Pengakuan ahli neraka

1- Ahli syurga bertanya kepada orang yang dimasukkan ke dalam neraka, apakah sebab mereka berada di neraka?

Jawapan mereka sewajibnya diambil perhatian untuk kita jauhi dan dijadikan batasan dalam hidup.

2- Antara jawapan mereka adalah kerana meninggalkan solat.

Selain itu, mereka juga sebutkan bahawa mereka tidak memberi makan kepada orang miskin, mereka banyak berkata-kata apa yang mereka tidak tahu dan mendustakan hari kiamat.

3- Apa yang dinyatakan dalam ayat-ayat ini sebenarnya wajib diambil perhatian untuk jadikan kita muslim yang baik.

Walaupun kelihatan dinormalisasikan, tetapi tetap juga kita tidak boleh untuk membiasakannya. Solat adalah sangat penting dan tidak boleh kita ambil enteng sama sekali.

4- Moga Allah jauhkan kita dari amalan-amalan yang dinyatakan oleh ahli neraka ini. Naโ€™udzubillah.

Al-Muddathir : 43-47

#FawaidTadabbur

Jika sahabat-sahabat berminat untuk membaca dan menghayati dengan lebih lagi bab khusyuk dalam solat, jemput dapatkan buku saya, Hayati Makna Bacaan dalam Solat.

Jemput dapatkan di:

Website IMAN: https://www.imanshoppe.com/products/kunci-solat-khusyuk-hayati-makna-bacaan-dalam-solat-by-muzuza?_pos=3&_sid=7f5d78ee9&_ss=r

Shopee: https://s.shopee.com.my/2B4AAMdSXu

Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSSRSWgFy/

Jemput untuk mendapatkannya.
โค36๐Ÿ•Š1
Kalimah terpanjang dalam al-Quran adalah ููŽุฃูŽุณู’ู‚ูŽูŠู’ู†ูŽู€ูฐูƒูู…ููˆู‡ู yang bermaksud "kemudian Kami berikan kamu meminumnya". Semua patah kalimah ini dirangkumkan menjadi satu kalimah dalam bahasa Arab.

Kalimah ini ada pada surah al-Hijr ayat 22.

Ayat ini menerangkan tentang hebatnya kekuasaan Allah yang memberikan kita rezeki, mennurunkan air hujan, sedangkan kita sebagai makhluk tiada upaya sama sekali. Maka, apakah layak untuk kita berlaku sombong kepada Allah.

#FawaidQuran
#FawaidTadabbur
โค88๐Ÿ˜ญ13๐Ÿ˜ข4๐Ÿ‘2
โค36
Akhiri hari kita dengan bacaan al-Quran. Jangan biarkan hidup kita seharian sunyi dari bacaan al-Quran.
โค57๐Ÿ‘6
Hidup memang susah, tetapi Allah tak tinggal kita.

Melainkan kita yang meninggalkan urusan Allah dalam hidup. Maka hidup akan jadi lebih sukar tanpa bantuan.
โค95๐Ÿ˜ญ12๐Ÿ‘6๐Ÿ”ฅ1๐Ÿ™1
Elakkan berbicara tentang apa yang kita tidak mahiri atau tidak fahami dengan baik.

Imam Ibn Hajar al-Asqalani ุฑูŽุญูู…ูŽู‡ู ุงู„ู„ู‡ berkata:

ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุชูŽูƒูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุงู„ู’ู…ูŽุฑู’ุกู ูููŠ ุบูŽูŠู’ุฑู ููŽู†ู‘ูู‡ู ุฃูŽุชูŽู‰ ุจูู‡ูŽุฐูู‡ู ุงู„ู’ุนูŽุฌูŽุงุฆูุจู

โ€œDan apabila seseorang berkata-kata pada perkara yang bukan bidangnya, akan datang perkara-perkara ajaib!โ€

[Fath al-Bari 3/584]

#FawaidUlama
โค74๐Ÿ‘14
Allah beri kesenangan, kita pun terkadang terlalai dan terlali.

Kemudian Allah tarik kesenangan itu, jadi ingat semula kepada Dia.

Allah bagi harta, kita pun bersuka ria. Terkadang terlupa akan Allah.

Kemudian Allah tarik harta itu, jadi ingat semula kepada Dia.

Allah bagi itu dan ini, kita pun terkadang terlupa.

Kemudian Allah tarik semua itu, jadi ingat semula kepada Dia.

Begitulah ujian di dunia ini. Sebab semua kita dan nikmat-nikmat itu adalah milik Allah.

ุฅู†ุง ู„ู„ู‡
"Sesungguhnya kita ini milik Allah"

Berat jiwa terkadang kerana ujian, tetapi sabar itu menjadi benteng kita. Kebaikan menanti di depan sana. Memang pahit, tetapi tahan dan terus berdoa.

Ya Rabb, ya Allah.
โค135๐Ÿ‘6๐Ÿ˜ข6
Akhiri hari kita dengan bacaan al-Quran. Jangan biarkan hidup kita seharian sunyi dari bacaan al-Quran.
โค77๐Ÿ”ฅ4
Antara rumah yang tidak diganggu oleh syaitan, atau syaitan lari darinya adalah rumah yang dibacakan surah al-Baqarah (rujuk HR Muslim: 780)

Jadi sahabat-sahabat, rumah kita jangan biar ia sunyi dari bacaan al-Quran. Barulah tenteram rumah kita.

#FawaidHadith
โค84๐Ÿ‘8
Kuliah maghrib malam ni ya.

Mengadu kepada Allah, atau mengadu kepada manusia.

Kita selalu terhimpit antara dua pilihan; mahu diluahkan pada manusia yang mungkin faham, atau mahu diserahkan kepada Allah yang sentiasa mendengar.

Di sinilah dilema hati bermula; mahu mencari telinga, tapi dalam masa sama mencari ketenangan yang sejati.

Link: ezy.la/kuliahmaghrib
โค44๐Ÿ‘6
Bacaan iktidal dan kelebihannya. Antara bacaan yang ringkas dan pendek tetapi mendalam maknanya buat kita dalam solat.
โค35๐Ÿ‘12
Sejahat mana pun kita, jangan tinggal solat.

Walaupun orang kata kita ini jauh daripada kebaikan, kita ini banyak dosa, banyak buat jahat, kita seolah tiada harapan untuk jadi baik, tetap juga jangan tinggal solat.

Kerana solat adalah antara tempatnya Allah ampunkan kita, dan medan untuk kita baiki diri kita. Betul, kita memang ada banyak salah, tetapi kita boleh menjadi orang yang lebih baik setelah solat.

โ€œApabila seorang hamba berdiri untuk solat, segala dosanya diletakkan di atas kepala dan bahunya. Setiap kali dia rukuk atau sujud, mereka jatuh darinya.โ€ [HR Ibn Hibban]

Sebenarnya, Allah sentiasa menyediakan ruang untuk kita โ€˜bersihโ€™kan diri kita yang mungkin sebelum ini banyak melakukan kesilapan.

Maka, jika peluang itu pun kita abaikan, dengan cara apa lagi, kita boleh menjadi baik.

Jika sahabat-sahabat berminat untuk membaca dan mendalami lagi solat, saya jemput untuk mendalaminya dalam tulisan saya, Hayati Makna Bacaan dalam Solat.

Boleh dapatkan di sini: https://bit.ly/bukukhusyuksolat
โค32๐Ÿ˜ญ6๐Ÿ‘2
โค17
Akhiri hari kita dengan bacaan al-Quran. Jangan biarkan hidup kita seharian sunyi dari bacaan al-Quran.
โค25
2025/08/23 23:32:26
Back to Top
HTML Embed Code: